Solat Sunnat
IstikharahSolat
ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam
keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika
timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu
perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin
terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada
kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Denganmengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Denganmengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan
merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan
yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali
yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa
kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara
Shalat Istikharah
Tata cara
solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang
berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun
setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat
sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat
ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli
Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku
sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat
pertama-
Baca surah
Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat
kedua-
Baca surah
Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas
salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa
sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah
s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa
istikharah
Setelah
selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma
inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min
fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa
anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma
inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa
‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma
baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa
ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni
‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in
qadiir
Artinya:-
“Ya Allah,
aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon
ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar.
Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku
adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang
tersembunyi.
Ya Allah,
jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku,
baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah
bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika
dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku,
membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan
datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau
takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar